Wednesday, May 22, 2013

11 Things About Me

Si ekor bulat yg sombong gila..abaikan dia (; ̄д ̄)


Assalammualaikum..
ehemm..dari tak dak benda aku nak post dekat blog yg dah usang berhabuk-habuk ni baik aku jawab soalan dari adik Yura yg comel dan blog dia pun superb2 comel..Akak masuk kan blog Yura dalam list OHSEM (*´∀`*)
okeyh2 lets the game begin..hoho

Few Rules To Be Followed :


  • Post This Rules 
  • Write 11 Things About Yourself
  • Answer the question the tagger set to you
  • Create 11 new question for those you want to tag
  • Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
  • You not allowed to tag back .

11 Things About Myself

  1. Pertama sekali, Nama aku bukan Han..Even di FB sekali pun tapi bunyi dia ada lebih kurang jugak la..Ehemm nak tau nama betul sila rompak i/c aku.. ヽ(゚Д゚)ノ
  2. Anak jati kuala lumpur yang suka cakap utara sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang bercakap 100% utara
  3. Suka Warna Hitam sebelum depa2 kat luar sana istihar kan warna hitam tu jadi warna rasmi mogok blackout masa PRU13 yg tak berapa nak baru-baru ni...ehh \(=^‥^)/’`
  4. Suka binatang terutama kucing comel gila kot tapi takut tikus..erkk
  5. Masa zaman sekolah dulu pernah digelar si pelik,mafia dan yakuza sebab aku tak reti senyum dan kurang mesra alam( ntah ape-ape je gelaran tu ) #rindu pulak zaman sekolah
  6. Aku gila even orang kata aku senyap dan sombong masa mula-mula kenal last-last hahh dah jadi bestfriend kot
  7. Suka melukis dan buat karangan dari memerah otak menyelesaikan soalan matematik dan manipulasi-manipulasi yang ada pada soalan sains
  8. Seriously aku tak pandai bersosial keluar rumah bila perlu je ( sebab tu aku tak pecaya sangat bila ada lelaki yang nak kenal-kenal kata tak kesah bila aku tak boleh nak keluar..itu semua penipuan yang teramat nyata..)
  9. Owh ye aku jenis tak kesah dan sudi menerima apa jua masalah dengan hati yang terbuka well jangan berdendam sangat lah hati tak tenang tahu.. *senyum*
  10. Susah nak cakap tak biler org mintak tolong..haihh mcm mana nak ubah perangai ni ye..kadang-kadang benda yang kita sendiri tak tau nak buat pun tetap kata ye susah betul nak cakap tak
  11.  Ehemm..last..aku ada darah gemuruh dan migrane yang teruk k bye o(╥﹏╥)o

panjang+over gila..adik yura punya pendek je kot T_T
 Ni soalan dari adik yura yang perlu akak Han jawab..
*akak la sangat uhuk2..

Soalan daripada Yura :
  1. Andai Rasulullah s.a.w ada di hadapan awak ,apa yang awak nak kata kepada baginda?
    -
      (emm..maaf sangat la panjang rasa macam tak patut tulis semua..private tahu mana boleh bagi tahu isi kandungan perbualan dengan orang lain..tamak nya sob2)
  2. Apa anime atau karton pertama awak semasa kecil ?
    -Semestinya Go..Go Power Rangers..power rangers merah tau..hahah
  3. Suka makan belacan tak ?
    -Suka tapi sambal belacan la..hahah
  4. Apa tragedi yang berlaku ke atas diri awak yg sampai sekarang awak tak boleh lupa kannya?-Terpaksa stop belajar dekat poli atas sebab-sebab tertentu biar Allah sahaja yang tau..sedih sangat masa tu..tapi bukan aku diberhentikan tau..aipp jangan fikir macam tu saya budak baik.. *poyos*
  5. Awak paling geli dengan apa?
    - Tikus..ehh..
  6. Awak ada tak menghidap sebarang penyakit ?
    -Ehemm..tu rahsia kerajaan tak berdaftar..
  7. Awak rasa apa kelebihan yang selalu ada pada orang gemuk ?
    -Tak de sapa mau buat couple (selamat jiwa raga) buat bini inshaallah ada kot..aku la tu.. T_T
  8. Awak rasa Malaysia sepatutnya contohi negara apa ?
    -Nahh..just be Malaysia tak perlu tiru..biaq kita beridentiti tak gitu..
  9. Apa keburukan k-pop ?
    -Aaaaa..No komen..anti dengan depa satgi kena bash pulak aku cakap depa bukan2 owh peliss aku tak mau fofuler sebab kena bash..ahakzz
  10. Pernah tak sakit hati dengan seorang blogger ?
    -Nope kenapa pulak..tak baik tahu..
  11. Suka berangan dalam bilik air tak?
    -Harus tu Harus..hahah
Ok lah habis..
Mintak maaf ampun di pinta aku memang mcam ni sekali-sekali tunjuk kan diri yang tak serius...
eheemm..adik maaf eh akak guna "AKU"
emm lagi satu maaf nah aku tak dapat nak balas komen semua..blogwalking segala..bz..

Jazakallahu Khairan Khathira..:)



Tuesday, May 07, 2013

"Dunia ialah Perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"


Dalam al-Quran ada disebut bahawa "wanita" adalah salah satu perhiasan dunia yang sangat diminati oleh setiap lelaki. Perhiasan adalah sesuatu yang menambah seri suasana,menyejukkan hati dan mata.
Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga,demikianlah hati apabila melihat perhiasan.

Tapi kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? 

Malah..ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau...
Ini kerana..garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki..:)

Seorang manusia bergelar Nabi..
manusia lelaki pertama dicipta Allah pernah menghuninya.
Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat atas perintah Allah SWT.
Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi.

Namun ditengah keindahan syurga jauh disudut hatinya masih ada satu kekosongan..
Mengapa?
Kerani tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga..Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita.
Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Bidadari yang cantik jelita juga wanita...

Lalu..boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita?
Setiap akal dan hati tahu jawapannya...

Ya..
Tanpa wanita sunyi sepilah dunia.
Tidak banggakah anda menjadi seorang wanita?

Persoalannya,
cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Apabila hati diserahkan kepada Allah kekal lah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikan nya kekal lah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajah nya mengundang pembelaan dari hati yang menjadikan hamba Tuhan dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.
Inilah wanita sejati yang bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah SAW"


"Dunia ialah Perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

Didunia bidadari mencemburui kesolehannya dan diakhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.Sebaliknya jika hati dibawa jauh dari Allah,hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi kemelut serta kacau bilau.

Apabila seorang wanita lari dari ikatan Tuhan nya maka terbukalah segala pintu yang menjerumuskan dia ke lembah fitnah hilang lah redup wajah yang menjadi dambaan dan diesploitasi oleh manusia buas yang menjadi  hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik.
Jika bunga plastik disembur pewangi harumnya lebih kuat daripada haruman bunga bunga sejati..tapi haruman nya tidak kekal. Keharuman bunga plastik bukanlah miliknya yang sebenar ia keharuman palsu yang bersifat luaran.
Berbeza dengan bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. 

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah..
Si gadis dihiasi sifat sopan dan malu, si anak mentaati ibu bapa.. 
srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat,si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. 
Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. 
Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. 
Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. 

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! 

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. 
Wanita solehah yang membawa ketenangan. 

Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. 

Yakni wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. 

Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. 

Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. 

Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. 

Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. 
Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Wallahualam...

-Sekadar perkongsian untuk peringatan diri dan apa salah nya untuk anda-anda jugak kan..:)

Jazakumullahu khairan Khatira..